LATAR BELAKANG SUKAN DI MALAYSIA
Sukan di Malaysia adalah bahagian penting dalam budaya Malaysia. Sukan di Malaysia sangat popular dari aspek penyertaan dan pemandangan. Rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat menyertai pelbagai sukan untuk rekreasi dan persaingan. Dalam definisi yang paling luas sukan sukan fizikal semua jenis-empat sukan rekreasi yang paling popular di kalangan penduduk umum Malaysia adalah senaman berjalan, latihan aerobik, latihan kekuatan, dan berjalan. Sukan lain yang paling popular ialah berbasikal, berenang, memanjat, berkhemah, boling, mendaki, memancing dan selam skuba.
Dalam aspek yang menarik, enam sukan penonton dengan kebanyakan peminat adalah bola sepak persatuan, hoki lapangan, kesatuan ragbi, badminton, bola tampar, bola baling, bola keranjang dan seni mempertahankan diri campuran.[1] Malaysia telah menganjurkan beberapa acara sukan utama termasuk Sukan Komanwel pada tahun 1998.
Sukan seperti permainan Wau, tarian Naga atau permainan gasing mempunyai ciri-ciri kesenian yang melambangkan keindahan dan keharmonian rakyat di Malaysia. Aktiviti ini kebiasaannya akan di lakukan di dalam sekelompok manusia yang mempunyai minat yang sama. Masing-masing akan berkongsi tenaga, pendapat dan masa semata-mata untuk memastikan aktiviti seperti ini dapat di laksanakan.
Selain itu, terdapat juga sukan rakyat yang pada awalnya dimainkan sebagai sukan harian dan kini telah di mainkan di kejohanan-kejohanan sukan utama seperti sepak raga yang telah dikomersilkan sebagai permainan sepak takraw yang telah menjadi salah satu acara di beberapa kejohanan peringkat kebangsaan atau asia tenggara. Sukan rakyat seperti tuju guli, galah panjang, batu seremban dan sebagainya lebih banyak dimainkan oleh kanak-kanak. Permainan-permainan seperti ini atau sukan rakyat ini telah dipermainkan sejak turun-temurun dan dipelajari dari generasi terdahulu.
Dalam aspek yang menarik, enam sukan penonton dengan kebanyakan peminat adalah bola sepak persatuan, hoki lapangan, kesatuan ragbi, badminton, bola tampar, bola baling, bola keranjang dan seni mempertahankan diri campuran.
Aktiviti-aktiviti balapan ini adalah antara sukan umum yang disertai oleh rakyat Malaysia di beberapa kejohanan peringkat Asia Tenggara, Asia atau peringkat Antarabangsa. Sukan seperti lari pecut, lari berganti-ganti, lompat kijang, lari berpagar, lompat jauh, lontar peluru, lempar cakera, lompat tinggi, lompat bergalah dan seumpamanya adalah antara sukan-sukan yang disertai oleh rakyat-rakyat di Malaysia.
Kejohanan-kejohanan peringkat sekolah, daerah, negeri dan sehingga ke peringkat nasional sering diadakan sepanjang tahun untuk menyerikan dunia sukan tanahair.
SUKAN AIR
Di Malaysia sukan air ini juga antara aktiviti yang menarik perhatian ramai. Terdapat pelbagai sukan air yang dilakukan di Malaysia seperti kapal layar, bot laju, kayak, perahu panjang, berenang, menyelam, polo air, gimnastik, snorkling dan sebagainya. Sukan-sukan ini biasanya dimainkan sama ada di dalam pusat akuatik, kolam, tasik, sungai dan laut. Sukan air di Malaysia juga telah diperkenalkan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Comments
Post a Comment